Monday 31 December 2007

baru suka harry potter

yup, baru hari ini aku buat keputusan yang aku sukakan cerita harry potter. selepas aku dah tengok the order of the phoenix. dan barulah aku rasa yang aku perlu baca buku-bukunya. dari filem pertama sehingga yang keempat, aku rasakan cerita harry potter hanyalah cerita. kurang signifikan dan kaitannya dengan aku.

namun dalam the order of the phoenix, aku suka dengan ayat sirius yang ini, ketika dia bercakap dengan harry potter:

"you are a good person, to whom bad things always happen."

dan tertarik dengan ayat itu, aku ambil keputusan yang aku mahu membaca buku-buku karya JK Rowling ini.

dan lagi, aku sukakan ayat-ayat ini:

"i have waited for 14 years. i can wait a little longer."

(harry potter kepada voldemort) "you are the weak one. you never know love, and friendship. and i feel sorry for you."

"the things we lose have their way to come back to us in the end. at least not in the way we expect."

dan ya, sejak aku kenal kasih sayang, aku selalu juga rasakan yang aku lemah sebab aku mencintai. aku pernah terfikir, jika aku tak pernah kenal cinta, tak pernah kenal erti berkawan, tak pernah kenal maksud kasih sayang, aku dapat accomplish banyak benda. boleh lakukan macam-macam perkara. sebab aku tak perlu fikirkan tentang orang lain. aku tak perlu risaukan orang lain. aku tak perlu layan karenah manusia-manusia kesayangan aku yang kadang-kadang sangat menyakitkan aku sampai aku menangis.

but here i am, still standing beside them.

pun begitu, jika aku diberi kesempatan hidup lagi sekali, jika aku diberi pilihan.

aku tetap akan lakukan perkara yang sama. ah, aku rindukan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Wow, ada juga yang suka harry potter dan menonton dengan mengambil hikmah dari setiap kata yang diucapkan.