Thursday 27 December 2007

shopping on boxing day- beli apa, dapat apa..?

semalam aku pergi shopping. lagipun sebab semalam boxing day- sehari selepas krismas selalu ada diskaun dan sale gile-gile.

ramai hyper manusia. sesak nafas aku dibuatnya, sampai aku sakit kepala, pening sangat tengok gerombolan manusia, masing-masing dengan beg kertas dan plastik di tangan sambil melihat-lihat barangan di kedai. yang tua, muda, suami isteri, anak dalam carriers, kekasih, kawan segeng, orang tempatan, orang luar dari pelbagai bangsa- semuanya menggunakan hak berbelanja sekadar dengan kapasiti masing-masing. lantai dibanjiri manusia dan kedai-kedai dipenuhi pembeli macam semut menghurung makanan. dahsyat. aku, kalau melihat jisim manusia yang belambak macam ni, selalu terfikir- kalau lah ada orang nak bom tempat ni, confirm ramai gile yang mati. (ish. astaghfirullah)

apa-apa pun. aku dah list kan barang-barang yang aku nak beli. dan sebenarnya. sebenarnya. aku dah ada target secara spesifik tentang apa yang aku nak beli. dalam kata lain, aku sudah boleh bayangkan barang-barang yang aku nak beli. jenamanya, warnanya, materialnya, bentuknya, harganya. *nota: aku memang manusia super spesifik, dan sukar sekali untuk lari dari kespesifikan itu bila sekali aku sudah membayangkannya. hanya Dia yang selalu berjaya mengalahkan kespesifikan aku- bila perlu, dengan magikNya tu.

aku mencari kasut converse yang aku jumpa lebih kurang sebulan lepas masa aku temankan safia shopping. sekali aku pandang memang aku jatuh hati. masalahnya, masa tu aku belum punya cukup duit. sangat serba salah untuk membeli. akhirnya aku katakan pada safia, "lain kali". dan lain kali itu adalah semalam.

tiga hari lepas, aku temankan nabila shopping. dan aku terjumpa, terjumpa. sepasang kasut warna putih merah yang tidaklah sangat lawa tapi aku sangat suka. sangat suka sebab entah kenapa aku terasa ia sangat dekat dengan hati aku. senang aku melihatnya, sejuk mata aku memandangnya. dan bila aku lihat harganya, hanya 10 dollar. apa lagi, tanpa fikir panjang aku membelinya. aku katakan pada nabila, "kasut ini, aku tak segan pakai untuk berjalan, dan aku juga tak takut untuk berlasak-lasak." aku senang bercakap dengan nabila, sejak pertama kali aku melihat dia aku tahu aku memang ngam dengan dia.

dan itulah magik Dia yang aku maksudkan. magikNya ialah, orang, benda atau peristiwa yang aku tak sangka-sangka ketemu, pertama kali melihatnya aku rasa senang, lama-lama bersama pun aku tak rasa bosan. walaupun mereka bukanlah yang paling cantik, paling baik, atau yang paling pandai. tetapi mereka adalah yang paling dekat dengan hati aku. yang menjadikan aku aku dan bukan orang lain. magik-magikku. cintaku. dan bila kami bersama kami dapat cipta masterpieces.

dan, untuk membuatkan ia lebih jelas, selepas aku sudah membeli kasut converse yang sangat lawa itu (ya, aku memang membelinya walaupun aku sudah beli sepasang kasut 3 hari lepas. aku manusia realist, yang kadang-kadang takut dengan diri sendiri sebab itu) aku dapati kasut itu tak sesuai dengan kakiku yang lebar. bahagian hadapannya agak sempit, kalau aku pakai lama-lama for sure sakit. haha. kak de'a kata "ayah de'a kata bila beli kasut baru, gigit dulu kasut tu, supaya tak rasa sempit. kiranya macam, gigit dia dulu sebelum dia gigit kita (bila kasut tu sempit). kemudian kaki takkan rasa sakit." kami gelak bersama. orang tua-tua, selalu ada cara untuk tenangkan hati anak-anak mereka. aku sengaja melayan petua itu dan gigit bahagian depan kasut itu sedikit sambil tersenyum. walaupun lepas tu, kaki aku tetap sakit. iya, hanya untuk menenangkan hati. sebab kasut tu mahal, sayang sekali aku tak boleh pakai lama-lama bila berjalan.

dan itu membuatkan aku sedar sungguh tentang siapa diri aku. sifat-sifat aku. sedikit cara tentang bagaimana Dia mengatur hidup aku. kesimpulannya..? seperti yang abang aku kata, "yang pertama ialah yang terbaik." dan yang maksu aku kata, "yang last minute ialah yang terbaik."

kata aku? "yang last minute ialah yang terbaik bila itulah yang pertama dekat dengan hati kita."

namun, bila aku memang mencari sesuatu yang spesifik tapi tak jumpa-jumpa yang sesuai, kadang-kadang aku boleh menjadi sangat menyampah sampai nak menangis.

ceritanya- aku mencari kemeja perempuan warna putih lengan panjang yang ada style sikit. kemas, elegan, simple, smart. itu kespesifikan aku. sebab aku sudah ada skirt untuk dipakai bersama baju itu.

maka aku pun mencari. kmart. target. giordano. cotton on. dfo. just jeans. lacoste. (yup, semua kedai branded. sebab kedai-kedai tu yang aku pergi shopping)

tak ada.
tak ada.
tak ada.

kak de'a tunggu dengan sabar. cukup sabar. cukup sabar sampai aku sendiri hilang sabar dengan perangai aku yang terlalu particular.

dan akhirnya, baju tu tak jumpa pun. cumanya, aku rasa baju yang aku cari memang ramai orang cari pun. student. orang pejabat. orang besar. orang kaya. tambahan lagi semalam sale. ahh. tak ape, nanti kalau ada aku akan jumpa jugak. hehe. tengok, aku degil kan.

tapi aku beli jugak sehelai baju lain sebagai ganti untuk dipadankan dengan skirt tu semalam. okay lah jugak baju tu. aku pun suka sebab kaler dia cokelat.

dalam kereta, kak de'a kata, "awak kena cari husband yang sabar. sabar tunggu awak. serius."

aku tekup muka dengan beg kesayangan aku. "aah...tau...rasa nak menangis pun ada."

sebab aku ikut perangai abah. sekali tu, abah bangun awal pagi untuk ke pasar borong. pasar borong tu lebih kurang 20 km dari rumah. "nak beli ikan talapia (kalau tak silap)" katanya.

bila balik, mama tanya "mana ikan?" sebab mama tengok tangan abah kosong.

"ikan talapia takde." abah jawab dengan ringkas. dan, ya. abah tak beli apa-apa ikan lain sebagai ganti. mama? cukup tak puas hati. tapi nak buat macam mana, dah sikap abah memang macam tu.

4 tahun lepas, semasa aku di tingkatan 3.

aku lihat seorang kawan aku pakai baju tshirt lengan panjang kaler hitam putih dengan lengannya ada 2 lapis, hitam dan putih.

aku sangat sudah jatuh hati dengan baju tu. lalu semasa cuti aku mengajak mama pergi mencari baju tu di shopping complex.

setelah pusing satu shopping complex, kami balik dengan tangan kosong.

"kenapa lah kamu ikut perangai abah ni..?" mama marah dalam kereta.

"nak buat macam mana..baju yang qilah cari tu tak ada." aku.

kesiannya, bakal suami aku. siapa pun dia. kan?

p/s: tapi shopping semalam tetap best. sebab ada orang pesan kat aku, suruh bersederhana. ;p dan aku memang bersederhana semalam. aku rasa la. hehe~

2 comments:

Mesin Kata said...

haha.
oit dak kecik.

kamu betul-betul gigit hujung kasut kah?

ha ha ha

akira said...

gigit lah. sampai dekat nak berbekas.

haha.
x pe, kasut baru. bukan kotor pun.