Saturday 8 March 2008

asalkan selamat

mungkin kerana aku belum kenal mereka.

tapi bila aku sudah kenal, bila aku sudah cinta, sehina mana pun mereka pasti aku akan terima.

walaupun ia menyakitkan.

tapi aku manusia biasa yang takutkan sakit. maka ketika aku diberi peluang, aku berdoa- Tuhan, selamatkanlah orang-orang yang aku sayang. dan selamatkanlah juga, aku.

*****


malam makin lewat. tunggu punya tunggu akhirnya majlis bermula jugak. lambat dah, dekat nak pukul 10. kelewatan yang membuatkan aku putus asa untuk makan sokmo malam tadi.

tapi aku pergi jugak. bercanggung di belakang nabila, aku melihat muka-muka yang sebelum ni kebanyakannya aku tak pernah jumpa.

baju mereka. senyum mereka. gelak mereka. gelagat mereka. lawak jenaka mereka. sembang-sembang mereka. aku diam macam patung tak bergerak. sekejap-sekejap nabila toleh.

'eh ling kau x nak pape ke? burger? nah amek aku punya sikit.'
'x nak lah. makan la aku dah makan nasi tadi.'
'xde xde. amek ni, makan. kau tu dah kurus keding.'
'mana ada.'

tapi nabila dah cubitkan sikit burger dan bagi aku. kunyah 2-3 kali kemudian telan, burger tu pun habis. nabila sambung sembang lagi dengan kawan-kawan lain. aku sambung bercanggung belakang dia macam budak kecik melihat mamanya sembang dengan jiran sebelah.

manusia manusia ramai. dan entah kenapa aku sedih.

'kau kenapa ni qilah? pucat je aku tengok. sakit ke?' nadia selalu dapat tangkap ekspresi aku.
'xde lah. mana ada.' aku buat-buat senyum.
'betul ni? asal muka ko macam ada masalah je?'
'yeke? entah xde pape pun. aku oke.'

'weh, jom ikut aku jalan.' nabila tarik aku suruh ikut dia pergi amek air. punya lah nak aku ada mood balik. kesian, aku memang bodoh bab-bab tipu diri sendiri.

aku ingatkan nak hepi-hepi kan diri bila pergi makan-makan semalam. jumpa dan kenal ramai orang, make some contacts, gelak-gelak. dan mungkin jugak, kerling kiri kanan tengok mamat-mamat hensem. itu, fikiran nakal aku.

tapi bila sampai sana dan lihat semua orang. pakaian mereka. bahasa mereka. gelak tawa mereka. sembang mereka. aku. aku.

iya, mungkin aku tak kenal mereka. mungkin apa yang aku rasa ini adalah sebab diri aku sendiri dan bukan sebab mereka.

malam tu aku tido dengan keletihan yang amat sangat sebab hujan sangat lebat. dengan doa yang sungguh-sungguh- Tuhan aku nak mereka masuk syurga. Tuhan, aku nak kami masuk syurga. Tuhan, aku nak masuk syurga.

Tuhan. Tuhan. jadilah apa-apa pun asalkan kami semua selamat. ameen.

3 comments:

mostlyepiphanies said...

Ameen!

Anonymous said...

heh ak dpt bygkan..
well ad kwn ak sorg ni by the tym ak anta komen ni die ngah berjuang kuatkan iman die..haha

-ana-

akira said...

aijud,
i wish i cud pretend, u know. sometimes i just really wish.

ana,
mugamuga kawan kamu diberi ganjaran besar. ameen :)