Monday, 16 June 2008

BLOG BARU!

basically tentang australia.

boleh klik sini atau tekan di link sebelah kanan.

sekian :)

Sunday, 15 June 2008

Friday, 13 June 2008

lost and found

life has taught me, that we will definitely lose some things in life. maybe some of our valuable stuffs, or precious moments, or even close friends- due to many reasons which may be clarified and thus redeemed what we have lost. but sometimes, due to reasons we cant even have the chance to explain or for others, even ourselves, to understand- we lost them forever.

but we will not lose everything, because we will always strive for the things we really want, and most importantly, because God is merciful. it's just that while pursuing and focusing on one aim, sometimes we don't chase other aims. not because we dont want to, but simply because we can't- humans have limits, that's why humans have priorities.

and understanding this, i learnt not to push people to do anything before really know and respect their abilities and real aims in life. because each of us are born having their own destiny to accomplish, and it is unfair for us to simply make them follow our perspectives and aims, or, to put them in simple words- to see the world the way we see it.

i have done lots of mistakes in life, some of which are not avoidable, and some which are plain stupid. but then i realized that everything was just a part and parcel in life, and i should move on with whatever i have right now, appreciating them to the utmost and do the best i can for them. the most important thing is, i learn from my mistakes and improve myself for the future.

to the people who are beside me all the time, always been patient with me and my stubbornness, stupidity, clumsiness and mistakes, some that are laughable and some which hurts- but they stay, with me, without fail- thank you so much. God knows how much i love you all. God allows, i will be there for you, whenever you need me, as whoever you need, at any place you wish.

to the people whom i hurt and left me- i am sorry, i never meant to hurt anyone. if God and you allow it, i will try my best to make things right. whatever happens, i have no grudge on anyone. and i pray the best for all of us.

may we all have a blissful friday ;)

Monday, 9 June 2008

sebab katanya aku ada chemistry dengan siput. hehe~

alkisah sebuah cerita tentang siput comel di padang pasir yang terpencil. namun tidaklah terlalu terpencil sehingga menghalang seorang pengkaji siput untuk sampai ke kawasan tempat tinggal siput itu.

maka suatu hari pengkaji itu, yang merupakan seorang atmospheric scientist, terjumpakan seekor siput kecil yang sangat, sangat putih. siput itu seperti sifat sediakalanya, bergerak lambat dan perlahan, sambil diperhatikan atmospheric scientist yang bijak itu.

atmospheric scientist itu kemudian menelaah tika tengahari terik itu. 'aduhai, bagaimana siput secomel dan sekecil ini mampu menahan bahang suria sepanas ini..?!' dan akibat kagum dengan ketenangan si siput kecil yang amat berlainan gayanya dengan seekor cacing kepanasan, dia diam mencangkung dan cuba belajar untuk jadi lebih sabar, menahan butir-butir peluh yang mula membasahi bajunya.

'ohh..!' tiba-tiba dia tersedar. kulit siput yang amat putih itu, rupa-rupanya berfungsi menjadi penebat haba yang baik. lebih 90% dari radiasi solar berjaya ditepis oleh kulit siput itu, memelihara badan siput dari terbakar panas.

'Tuhan, Kau memang bijak..' atmospheric scientist berbisik dengan Tuhan. Tuhan pastinya sedang tersenyum bangga melihat atmospheric scientist bijak yang berasa lemah dengan kuasaNya.

'emm..apakah kekurangan yang ada pada siput ini? kerana setiap makhluk itu pasti ada kelemahannya..' bisik atmospheric scientist itu lagi, sambil akalnya ligat berfikir, namun matanya tidak lepas dari siput kecil yang nampaknya bergerak semakin dekat padanya. bagai mahu bergurau-senda pula.

siput itu berhenti betul-betul di hadapan kakinya, dan atmospheric scientist itu boleh melihat sesungut siput comel itu dengan jelas. kemudian dia tersenyum.

'ohh..kamu siput kecil yang comel. kamu terlindung dari bahang matahari dari atas, namun bagaimana dengan bahang pasir di bawah badan kamu..? suhu pasir amat tinggi, boleh mencecah 65 darjah celcius tika panas terik..kamu memerlukan udara atau air cushion di bawah badan kamu, supaya ia dapat bertindak sebagai penebat haba dari pasir yang panas itu. agar kamu tidak dibakar dari bawah.' atmospheric scientist itu mengusap lembut kulit siput comel itu. ada riak kasihan di wajahnya.

'dan air pula adalah pengalir haba yang baik. jika kamu terpijak butir-butir air, atau air tiba-tiba mengalir di bawah badan kamu, menggantikan molekul-molekul udara yang dahulunya menyelamatkan kamu, haba dari pasir panas itu akan terus mengalir melalui air dan memanaskan badan kamu dari bawah. suhu kamu akan naik sebanyak 5 darjah celsius dan kamu akan mati.' atmospheric scientist itu bermonolog sendiri, sambil didengari siput comel yang bisu linguistik manusia.

tiba-tiba atmospheric scientist itu teringatkan siput sedut masak gulai dari kampung halamannya. dia tersenyum nakal sambil memandang siput putih comel itu. dan selepas menggeleng kepala beberapa kali, dia mengusap kulit siput itu sekali lagi lalu berlalu pergi, mendoakan yang terbaik untuk seekor siput putih yang comel di padang pasir.

source: lecture notes 8, atmospheric science unit (atm2211), monash university, clayton campus, 2008.

Saturday, 7 June 2008

shuuji to hagu

kata shuuji, sunyi tu datang macam ombak. bila ombak memukul kesannya menusuk, tapi surutnya tak terasa. hilang tanpa pesan. sedar-sedar aje awan kepul-kepul itu sudah berlalu, sekarang tinggal langit kosong. entah ke mana awan itu, dia sendiri tak tau.

dan hagu walaupun dia di situ masih tak boleh buat apa-apa. kerana itu adalah dunia shuuji sendiri dengan orang yang dirinduinya. yang dah jauh, yang dah pergi selamanya.

benarlah, tak ada siapa boleh gantikan manusia lain. tapi hagu tetap di situ, sebagai dirinya sendiri. walaupun dia rasakan yang dia tak mampu pulangkan apa-apa pada shuuji, tapi. sebenarnya dia tak tau betapa dia sangat bermakna dalam hidup shuuji. dengan hagu, shuuji gembira semula. dan walaupun shuuji jarang katakannya, ia terlalu jelas bila hagu dan shuuji terasa terlalu janggal tanpa shuuji dan hagu.

namun, dilayan dengan lembut bukan alasan untuk menjadi lemah, kekuatan semasa bersama bukan alasan untuk tidak berdaya bila terpisah. teruskan semajunya dengan apa yang mampu.

kerana manusia itu cukup dengan apa yang ada pada dirinya sendiri, tak lebih dan tak kurang, untuk membahagiakan hidup seorang lain.

'shuu-chan wa kitto atashi no ame da...atashi no daiji na, daiji na hito.' (hanamoto hagumi, honey and clover the anime II, ep 11)

Friday, 6 June 2008

todai

jiwaku resah.
gelisah.
tak tentu arah.
takpe takpe. dua jam lagi. ahh..makanannn..cepatlah dikau sampai.

tadi baru aku tau seorang senior aku dah ke *todai. todai. todai. TODAI tuu..! ahh..sugoiii..aku membayangkan seorang budak kecik yang masa muda-muda lagi sudah tau pasal todai, kemudian dengan inspirasi itu dia belajar bersungguh-sungguh. iya, nak buat macam mana, aku kenal todai lambat. tak apelah tu.

tapi kemudian ilham datang. apa kata, ambil degree dalam atmospheric science kat todai? universiti jepun rajin buat research dalam bidang ni, especially tentang urban climate, area yang aku minat. dou desu ka? mau?

emm. bunyinya macam sangat menarik. lepas exam aku nak fikir pasal benda ni. buat apa yang patut. Tuhan, adakah untuk aku peluang..?

+stadi. exam belum habis, ngek.

-ciss..aku laparlahh..



*todai= tokyo daigaku a.k.a. tokyo university

p/s: selamat menyambut hari jumaat :)

Monday, 2 June 2008

bagasi

jarak ini telah menjadikan aku seorang manusia perisau, perindu dan pesangka. yang membuatkan aku melalui detik-detik yang buahnya pelbagai rasa. yang dengan ketajaman waktu itu membuatkan aku belajar sungguh-sungguh darinya.

Tuhan.

entah bagaimana buat seketika aku membayangkan betapa kehidupan manusia ini seperti pengangkat bagasi semata, yang akan menaiki kapal terbang. ahh, homesick agaknya.

dan imaginasi itu buat aku sedar, setiap orang punya saiz badan lain-lain, ada kemampuan masing-masing; budak kecil takkan mampu angkat bagasi sebesar basikalnya dan orang tua takkan dapat menahan memegang bagasinya untuk jangka waktu yang lama. dan bergantung juga; jika seorang kaya punya troli sendiri maka kerja mengangkat bagasinya akan jadi lebih mudah, dan mungkin juga dia boleh mengangkat lebih banyak bagasi jika dia punya kapal terbangnya sendiri. dan juga, bagasi yang punya nilai yang tinggi perlukan keselamatan yang lebih ketat dan pembawa bagasi yang lebih profesional.

dan bagasi itulah yang semua orang angkat dan pegang, sekejap mungkin, sekuat yang boleh, jangan lepas, jangan hilang. sehinggakan, mungkin, ada yang sakit belakang, ada yang berpijar tangan dan ada yang lenguh-lenguh kakinya.

namun, iya, semua orang ada cerita bagasi mereka. ikut kemampuan masing-masing, setiapnya ada kurang dan lebihnya. yang penting, setiapnya unik.

bagasi itu sendiri ada ceritanya. beratnya, rupanya, warnanya, materialnya. seorang raja mungkin punya bagasi dari emas. sebuah bagasi seorang remaja trendy mungkin lutsinar, seorang pengawal syarikat sekuriti mungkin membawa bagasi hitam.

namun paling penting, awal lagi sebelum itu- barang-barang di dalamnya. kenapa dia memilih bagasi itu dan barang-barang di dalamnya; kenapa itu yang mahu dibawa. juga susunannya, prioritinya, kekemasannya, balutannya.

dan kenapa mesti mahu membawa bagasi pun, padahal ianya tak pernah jadi nyawa.

Tuhan, Kau kata yang manusia memilih untuk membawa bagasi kerana dia rasa dia mampu, dan dia bongkak sebab itu. sedangkan gunung-ganang sendiri runtuh ketika ditanya sama ada mahu membawa bagasi atau tidak.

maka Tuhan, ketika aku memilih untuk membawa bagasi ini, adakah aku juga manusia itu? yang mahu membawa bagasi setinggi KLCC dengan hanya sebelah tangan, dan memegangnya sepanjang aku menunggu di lapangan terbang sehingga ia dimasukkan ke dalam kapal terbang.

buntu.

lihatlah Tuhan, tanpaMu aku takkan mampu berfikir pun. inikan lagi membawa bagasi. maka, selamatkanlah aku, selamatkanlah kami semua, doa-doa kami semua sampai dengan bagasi masing-masing yang wangi dan cantik, yang Kau sambut di ruang ketibaan dengan senyuman.

ameen.

p/s: ahnaf, selamat hari lahir ke-11, jangan makan banyak-banyak nanti gemuk. haha.