Monday 9 June 2008

sebab katanya aku ada chemistry dengan siput. hehe~

alkisah sebuah cerita tentang siput comel di padang pasir yang terpencil. namun tidaklah terlalu terpencil sehingga menghalang seorang pengkaji siput untuk sampai ke kawasan tempat tinggal siput itu.

maka suatu hari pengkaji itu, yang merupakan seorang atmospheric scientist, terjumpakan seekor siput kecil yang sangat, sangat putih. siput itu seperti sifat sediakalanya, bergerak lambat dan perlahan, sambil diperhatikan atmospheric scientist yang bijak itu.

atmospheric scientist itu kemudian menelaah tika tengahari terik itu. 'aduhai, bagaimana siput secomel dan sekecil ini mampu menahan bahang suria sepanas ini..?!' dan akibat kagum dengan ketenangan si siput kecil yang amat berlainan gayanya dengan seekor cacing kepanasan, dia diam mencangkung dan cuba belajar untuk jadi lebih sabar, menahan butir-butir peluh yang mula membasahi bajunya.

'ohh..!' tiba-tiba dia tersedar. kulit siput yang amat putih itu, rupa-rupanya berfungsi menjadi penebat haba yang baik. lebih 90% dari radiasi solar berjaya ditepis oleh kulit siput itu, memelihara badan siput dari terbakar panas.

'Tuhan, Kau memang bijak..' atmospheric scientist berbisik dengan Tuhan. Tuhan pastinya sedang tersenyum bangga melihat atmospheric scientist bijak yang berasa lemah dengan kuasaNya.

'emm..apakah kekurangan yang ada pada siput ini? kerana setiap makhluk itu pasti ada kelemahannya..' bisik atmospheric scientist itu lagi, sambil akalnya ligat berfikir, namun matanya tidak lepas dari siput kecil yang nampaknya bergerak semakin dekat padanya. bagai mahu bergurau-senda pula.

siput itu berhenti betul-betul di hadapan kakinya, dan atmospheric scientist itu boleh melihat sesungut siput comel itu dengan jelas. kemudian dia tersenyum.

'ohh..kamu siput kecil yang comel. kamu terlindung dari bahang matahari dari atas, namun bagaimana dengan bahang pasir di bawah badan kamu..? suhu pasir amat tinggi, boleh mencecah 65 darjah celcius tika panas terik..kamu memerlukan udara atau air cushion di bawah badan kamu, supaya ia dapat bertindak sebagai penebat haba dari pasir yang panas itu. agar kamu tidak dibakar dari bawah.' atmospheric scientist itu mengusap lembut kulit siput comel itu. ada riak kasihan di wajahnya.

'dan air pula adalah pengalir haba yang baik. jika kamu terpijak butir-butir air, atau air tiba-tiba mengalir di bawah badan kamu, menggantikan molekul-molekul udara yang dahulunya menyelamatkan kamu, haba dari pasir panas itu akan terus mengalir melalui air dan memanaskan badan kamu dari bawah. suhu kamu akan naik sebanyak 5 darjah celsius dan kamu akan mati.' atmospheric scientist itu bermonolog sendiri, sambil didengari siput comel yang bisu linguistik manusia.

tiba-tiba atmospheric scientist itu teringatkan siput sedut masak gulai dari kampung halamannya. dia tersenyum nakal sambil memandang siput putih comel itu. dan selepas menggeleng kepala beberapa kali, dia mengusap kulit siput itu sekali lagi lalu berlalu pergi, mendoakan yang terbaik untuk seekor siput putih yang comel di padang pasir.

source: lecture notes 8, atmospheric science unit (atm2211), monash university, clayton campus, 2008.

2 comments:

Anonymous said...

pure intelligence...

Mesin Kata said...

menarik seyh cerpen ni!

i'm lovin' it.

nyummy~