Tuesday 4 December 2007

bila boleh berani?

bila mama suruh aku menulis sepanjang cuti, aku buntu idea. bukan, aku buntu cara. sebab apa yang aku ingin tulis terlalu selalu menari-nari di sekeliling sistem neuron dan selirat uratku, kadang-kadang mencuit-cuit jantung hingga berdegup pantas. dan kadang-kadang membuatkan aku diam seperti orang bisu.

tapi aku tetap belum dapat menulis tentangnya. kamu pernah dengar? seperti seorang pelukis hebat yang mahu melukis wajah kekasihnya- pasti mengambil masa yang lama dan kadang-kadang sehingga tak terlukis. mungkin kah sebab baginya wajah kekasihnya itu terlalu indah? atau mungkin kah dia gusar wajah kekasih yang dilukisnya itu suatu hari akan rosak dimakan anai-anai, atau dibuang ke laut, atau dibakar musuh, atau mungkin sahaja kekasihnya meninggalkannya- lalu begitu juga dengan cintanya?

bila kutanya pada guru kesayanganku, dia menjawab 'write something that is close to your heart. others might feel it as well.'

iya, benar. masalahnya ia terlalu benar. sampai menyakitkan bila aku fikirkan. sebab cerita jiwa ini, belum lengkap. aku belum tahu kesudahannya. ceritanya masih terlalu panjang. terlalu panjang sehingga semua kemungkinan yang aku boleh fikirkan itu, jadi menakutkan untuk aku. jadi menakutkan untuk aku tulis.

dengan selamba aku membalas selepas sedikit tawa, 'a masterpiece takes time, cher.'

guru kesayanganku membalas balik, 'tomorrow might not come.'

iya, aku faham sungguh maksudnya tu. 'i will write. i will definitely write.' akhirnya aku membuat keputusan tegas.

jujurnya, aku cuma belum bersedia. belum betul-betul kuat menghadapi kenyataan, dan belum betul-betul berani bermimpi. masih ada lompang yang mesti terisi; masih ada penantian yang perlu aku lalui, masih ada cerita yang perlu terlakar, sebelum aku boleh menulis tentang cerita jiwaku ini. cerita yang mungkin tidak ada kaitan langsung dengan kamu dan kamu. tapi ia cerita tentang aku.

aku ingin menulis, dan aku ingin berkongsi. mana tahu sedikit asam garam ini dapat menjadi sekelumit perencah dalam hidup orang-orang yang ditakdirkan merasakannya denganku. dan dengan perencah itu dapat mencorakkan hidup-hidup mereka dengan warna yang indah-indah.

dalam dunia yang semakin busuk.

dan sementara menunggu waktu itu, (Tuhanku izinkanlah) aku berceloteh sedikit. menyusun perkataan-perkataan, membentuk ayat-ayat yang mungkin bermakna dan mungkin juga tidak.

bak kata orang, mahu pandai bahasa perlu dilatih. seperti mana addmaths ;p

4 comments:

Anonymous said...

aku lukis wajah kekasih aku skejap je =p hahaha

akira said...

lain orang lain caranya ;p

eh eh. ko dah ada kekasih...?

Anonymous said...

um, dari sekolah lagi...
tapi jauh laa,dia duk korea..
haha

Anonymous said...

iyer laa tu..