Saturday 7 November 2009

tiada sebab untuk mengeluh, selalu bersebab untuk bersyukur

kalau berdosa menyakitkan hati orang yang dah tiada, cukupkah rasa menyesal ini untuk aku diampunkan?

'ni kenapa cakap suara pelan sangat ni?' mama ketawa kecil. 'macam lah mama marah dia kan,' mama sambung. 'eh takde lah..bese2 jer suara qilah..hehe,' aku menjawab.

qilah kan dari dulu selalu jauh dari mama. segan lah qilah dengan adik-adik; diorang lebih paham perangai mama camane, tak serupa qilah. anak bijak yang selalu merantau tak bijak di rumah sendiri.

episod-episod berkenalan dengan mama suatu proses yang selalu menguji. tapi kasih sayang mama sentiasa menang akhirnya.

'tak patut lah seorang ibu atau bapa tu tak belajar dari anak-anaknya, tak berubah menjadi lebih baik seperti mana anak-anaknya. memalukan je lah, kan?' kemudian mama gelak-gelak.

mama yang walaupun lantang bersuara, sentiasa cuba belajar untuk mendengar anak-anaknya. mama yang walaupun nampak kasar, tak pernah lupa akan anak-anaknya ke mana saja dia pergi. sanggup berbelanja beratus-ratus dan pergi mencari doktor dari satu klinik ke satu klinik bila hasif sakit gigi. ibu yang sanggup membeli buku-buku resipi baru supaya anaknya yang dah kurus makan sedap-sedap bila balik rumah nanti. mama yang walaupun dia takut melepaskan anaknya, macam-macam disoal bila mula ada buah hati, tapi sentiasa peka dengan perubahan dan kemahuan anaknya. memahami, bertanya khabar, mahu berkenalan, berbesar hati dan tak sombong untuk bermesra sehingga sanggup menghantar dan memasak-masak dengan buah hati anaknya.

pengorbanan untuk anak yang selalu berdosa.

jika mendengar bebelan mama adalah harga yang perlu aku bayar untuk itu semua, alangkah ringannya. jika menurut apa juga kata mama tanpa rungutan walaupun kadang-kadang bercanggah pendapat dapat menebus jasa mama, alangkah mudahnya. jika bersabar sedikit dan ketawa kecil melihat mama marah-marah pada adik-adik setimpal dengan bau syurga, alangkah murahnya.

Tuhanku, padaMu ku meminta kekuatan. berikanlah ketabahan kepada kami adik-beradik, untuk menjadi anak-anak yang beruntung. jadikanlah mama ibu yang sangat bahagia. apa-apa yang Kau tentukan, kuatkanlah kami untuk redha dan sabar, kerana aku pasti waktu itu takkan lama.

jangan biarkan ku terlupa, ya Allah. ameen ya rabbal alameen.

No comments: